Me_Myself

Me_Myself
Rojakzzzz info kat sini...jom usha2 apa yang ada... peace... :)

Wednesday, July 20, 2011

Amalan Pemakanan Yang Baik

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Jangan makan IKAN bersama SUSU Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD/KOBIS Jangan makan SUSU bersama CUKA Jangan makan CUKA bersama IKAN Jangan makan BAWANG PUTIH bersama BAWANG MERAH Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL) (Sumber petikan dari buku Cara Makan RAsullulah SAW tulisan Prof Dr Abdul Basith Muhammad As-Sayyid)

CARA MAKAN * Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi. Buah baik dimakan ketika perut kosong kerana proses penghadamannya cepat berbanding kumpulan makanan lain. Jika dimakan selepas makanan lain, ia akan mengalami fermentasi kerana lambat dihadam. Zat zat yg terdapat di dalamnya akan rosak dan juga penyebab berlakunya kembung perut. 

* Tidur dibolehkan 1 jam SELEPAS makan tengah hari. Terlalu cepat tidur setelah makan akan menyukarkan proses penghadaman, mengeluarkan gas yang banyak, susah buang air besar dan menyebabkan mulut berbau. Dianjurkan tidur dengan mengiring ke sebelah kanan seperti mana yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW. Dengan itu perut yang terletak di sebelah kiri tubuh tidak ditindih dan tidak mengganggu proses penghadaman yang sedang berlaku.

*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Diriwayatkan dari Anas dengan status marfu':"Makan malamlah sekalipun hanya dengan kurma kering, kerana meninggalkan makan malam dapat mempercepatkan penuaan". Ini adalah kerana, jika kita meninggalkan makan malam, tubuh akan mengurangkan kadar metabolisme badan. Waktu makan yang tidak teratur juga boleh mengganggu proses penghadaman.

Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk akan menyempitkan saluran kapilari darah, membuatkankan jantung mengepam lebih banyak darah dan oksigen ke seluruh tubuh dengan kadar yang cepat dan menyebabkan kontraksi otot. Kontraksi otot dapat membakar lemak yang terdapat dalam tubuh. Selain itu, air sejuk juga akan menyebabkan kita menggigil disebabkan oleh tindakan refleks tubuh untuk mengekalkan suhu badan. Dengan menggigil lemak akan dibakar untuk menghasilkan tenaga dan haba. Denga itu ia juga dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Antaranya menambahkan aliran darah ke otak dan menyahcas tenaga eletrostatik yang terdapat pada tubuh. http://www.islamic-replies.uco​z.com/Benefits_Of_Prayer.html

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

http://www.wonderfulinfo.com/i​slam/eatfood.php Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. A...uratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. A...uratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Lelaki & Perempuan tahu . . .

Lelaki perlu tahu yang perempuan:

Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang kala ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkann ya. “Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:

Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).

Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi.

Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat.Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!

Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…

Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)

Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…

Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan

Tuesday, July 19, 2011

Hati Seorang Wanita

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,Hanya jika dia sangat menyayangimu,Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,Tolong pegang tangannya dengan pengertian.Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,jika seorang wanita menangis keranamu.Tolong jangan mempersiakannya.Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,Saat dia menangis keranamu,Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?Fikirkan….Wanita mana lagi yang akan menangisdengan murni, penuh rasa sayang,Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemahDia menangis bukan kerana dia menginginkansimpati atau rasa kasihan.Dia menangis,Kerana menangis dengan diam-diamsudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,Fikirkanlah tentang hal itu.Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,Dan semuanya kerana dirimu.Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kaulakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nantiMungkin akan terlambat untuk menyesal,Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

Bagaimana jika anda menghadapinya?

Monday, July 18, 2011

Petua Menambat Hati Isteri

Sentiasa berdoa agar disayangi.

Bila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
Tunjukkan keperihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.

...Berlatih untuk mendengar dengan baik.
Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.

Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang "berkualiti" terhadap isteri.

Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk.

Tolong masak atau ajak makan diluar sekali-sekala.

Beri pujian mengenai penampilan isteri -- rambut, wajah, pakaian dll.

Pujuk bila isteri marah atau kecil hati.

Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.

Bila lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.

Bila isteri minta bantuan, nyatakan "boleh" atau "tidak boleh" dengan tidak mengungkit atau banyak komen.

Jika perlu menjauhkan diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Beritahu yang anda perlu bersendirian untuk berfikir.

Bila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.

Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, letakkan surat khabar atau tutup televisyen.

Bila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.

Beri tahu bila kita ingin berehat atau tidur.

Peluk isteri dengan penuh kasih sayang empat kali sehari.(sekurang-kurangnya)

Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin memberitahu "I love you".

Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurang dua kali sehari.

Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci.

Tolong buang sampah tanpa disuruh.

Bila keluar out-station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

Sokong pendapat isteri kalau beliau bertentangan pendapat dengan orang lain.

Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa ke semasa.

Peluk dan belai isteri sekali-sekala.

Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama isteri.

Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan jauh bila berjalan.

Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

Buatkan air minuman atau seumpamanya untuk isteri sekali-sekala.

Bila makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.

Sabar bila isteri terlambat sedikit atau tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain semasa dikhalayak ramai.

Lebihkan isteri dari anak-anak.

Belikan hadiah-hadiah kecil dari semasa ke semasa -- minyak wangi, jamu atau seumpamanya

Beri respond yang positive bila mendengar isteri bercerita.

Bila isteri kurang sihat, beri perhatian yang sewajarnya.Manjakan isteri sepertimana mereka memanjakan kita.

Masuk tidur serentak dengan isteri. Jangan tunggu program TV habis baru masuk tidur.

Belai isteri sebelum pergi kerja.

Cuba ketawa bila isteri buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.

Ucapkan terima kasih diatas setiap khidmat yang isteri berikan.

Cari masa untuk berdua-duaan sekali-sekala.

Lakukan riadhah bersama isteri.

Pergi berkelah / picnic sekali-sekala.

Tolong cuci atau jemur pakaian sekali-sekala.

Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

Cuba berikan / tunaikan apa yang isteri hajati.

Nyatakan yang anda merinduinya bila berjauhan.

Bawa pulang ole-ole / kuih kegemaran isteri sekali-sekala.

Sentiasa lakukan ibadah bersama.

Tuesday, July 5, 2011

15 sikap pasanganmu ; Suami paling HAMPEH!!

Sikap 1 : Jadi Biawak Hidup

Suami kategori ini memang terkenal dengan sikap malasnya untuk bekerja. Biarpun memiliki tubuh sasa macam Remy Ishak, namun dia lebih suka goyang kaki di rumah. Sedikit pun tidak ada rasa malu dengan isteri dan anak2 untuk berusaha mencari rezeki. Jika kerja pun malas (ada juga yg tidak bekerja pun!) , macamana nak tanggung anak bini?? Sudah tentu suami jenis 'biawak hidup' ini tidak dapat menyediakan tempat tinggal / berteduh buat keluarganya. Ini belum kira lagi soal makan minum, pakaian, perubatan dan pendidikan. Hello! suami2 'biawak hidup', awak tak belajar agama ke? Apabila bercakap fasal kawin sering kaitkan dengan agama, jadi kenapa tanggungjawab tidak dilaksanakan mengikut tuntutan agama? Lebih teruk lagi jika dia meminta duit daripada isteri untuk memenuhi keperluannya, misalnya nak beli rokok, ataupun berfoya-foya dengan kawan2 'kacang hantunya'. Suami macam ni baik mati sahaja, menyusahkan hidup anak bini...


Sikap 2 : Tidak Pernah Hulur Duit Belanja Dapur

Kebanyakkan suami menganggap duit belanja dapur menjadi tanggungjawab isteri. Walhal hanya tugas di dapur sahaja yang seharusnya dikendalikan oleh isteri. Manakala kos menyara keluarga termasuk makan minum terletak di bahu suami. Walaupun bunyinya macam tak penting sahaja, namun hakikatnya bil barangan dapur boleh mencecah ribuan ringgit sebulan, almaklumlah dengan harga yng melonjak tinggi. Kalau tak percaya, rajin2kanlah diri melihat2 harga susu anak, lampin pakai buang, milo, lauk pauk dan barangan kering di pasaraya. Pati terbeliak biji mata mata suami2 se-Malaysia.


Sikap 3 : Melayan Isteri Bagaikan Kuli

Suami jenis ini 'berat tulang' untuk melakukan kerja2 rumah. Tidak pernah nak menolong isteri menyapu sampah, mencuci pinggan mangkuk ataupun mengasuh anak. Kalau isteri sibuk buat kerja di dapur sampai tak menang tangan kerana terpaksa melayan kerenah anak kecil yang menangis meraung2, dia buat pekak saja. Tetapi jika makan malam lambat dihidangkan,dia mengamuk memarahi isteri. Leterannya mungkin berlanjutan sampai keesokan pagi. Amboi! Berlagak mengalahkan anak raja.


Sikap 4 : Berlagak Bujang

Kisah lelaki yang sudah beristeridan beranak pinak tetapi berlagak bagaikan orang bujang bukan sesuatu yang dihairankan. Memang banyak. Sebab tu ramai wanita yang yang terpedaya menjalin hubungan dengan suami orang kerana lelaki jenis ini tidak mengaku yang dirinya sudah berpunya. Apabila sibuk mengayat perempuan lain, sudah tentu isteri dan anak2 diabaikan, betul tak??


Sikap 5 : Biar Papa Asal Bergaya

Isteri bayar installment kereta, suami pulak yang bergaya. Disebabkan hendak memandu kereta mewah, sanggup hantar dan jemput isteri ke tempat kerja, tetapi hakikatnya duit insurans kereta dan duit minyak,isteri yang tolong bayarkan. Memang dasar muka tak malu!!


Sikap 6 : Tidak Ambil Tahu Mengenai Perancangan Keluarga

Hempuk saja suami jenis ini. Tahu nak sedap saja. Apabila suruh pakai kondom kala 'bersama', dia pun menyinga. Bila isteri hamil dia marah tak terkira. Katanya, banyak duit diperlukan untuk menanggung kos bersalin di hospital. Habis tu, awak tak fikir betapa sakitnya isteri terpaksa bertarung nyawa melahirkan zuriat tanda cinta anda berdua? Memang layak awak tu digelar suami paling 'hampeh' di dunia.


Sikap 7 : Anggap Isteri Macam Perempuan Simpanan

Kes ni lagi teruk kerana suami akan mencari isteri hanya sekadar untuk memuaskan nafsunya semata2. Dia hanya berbaik2 dengan isteri tatkala mahu berasmara. Ketika itu pujuk rayunya manis bak gula, sikapnya lembut persis lelaki budiman. Namun selepas dapat apa yang dihajati, darjat isteri entah di mana.


Sikap 8 : Suami Hilang Belang

Walaupun tahu dirinya sudah beristeri dan ada anak2, lelaki kenis ini suka menjalin hubungan dengan perempuan lain. Ada yang kata dia mahu 'test markat'? Dirinya masih laku atau tidak selepas berkahwin. Bila dah dapat perempuan cantik, mulalah lupa diri, tak ingat anak bini. Bawa2la insaf cik abang oi!!


Sikap 9 : Kaki Pukul

Dia minat sungguh dengan rancangan gusti seperti WWF kot! Sebab tu dia suka belasah isteri dan anak2nya. Pantang salah sikit habis mereka dikerjakannya. Kadang kala tak tahu apa sebabnya sehingga anak bini jadi mangsa kaki dan tangannya. Lebam2 tubuh mereka dibuatnya. Takkan nak lepaskan gian, anak bini menjadi mangsa?


Sikap 10 : Suka Berfoya-foya

Suami jenis ini tidak suka duduk di rumah. "Bosan", katanya. Walhal hakikat sebenar dia malas membantu isteri menguruskan rumahtangga, apatah lagi menjaga anak2 yang kuat menangis. Justeru, dia lebih suka melepak bersama teman2nya walaupun berpeleseran bersama teman wanita barunya.


Sikap 11 : Suami Tangkai Jering

Kedekut dalam soal membelanjakan wang biarpun penting untuk keperluan anak2 dan isteri. Kalau beli barangpun, dai pilih yang paling murah dan tentunya berkualiti rendah. Kalau dapat makan di luar pun, dia bawa anak isteri makan di gerai2 di bawah pokok entah di mana2, tak pernha merasa makan di restoran apatah lagi hotel mewah.


Sikap 12 : Suami Berat Sebelah

Dalam hal ini, suami selalu menyebelahi keluarganya sahaja. Dia hendak menang selalu dan mengatakan keluarga isteri semuanya tidak kena. Jika apa2 berlaku, dia akan mendahulukan ahli keluarganya berbanding mengambil tahu akan perihal anak dan isteri.


Sikap 13 : Suami Ala Diktator

Dia berangan nak jadi macam bekas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos kot! Seisi keluarga kena dengar cakap dan segala arahannya! Anak bini tidak ada hak untuk bersuara.


Sikap 14 : Hilangkan Diri Begitu Sahaja

Suami jenis ini memang patut mati kena sula. Dia boleh kahwin bila2 masa dan tinggalkan anak isteri ikut suka mak bapak dia.Disebabkan ada jantan berperangai beginilah membuat ramai isteri yang ditinggalkan dalam keadaan 'gantung tak bertali'. Sungguh kamu suami paling tak berguna.


Sikap 15 : Tidak Beri Nafkah Kepada Anak2 Selepas Bercerai

Banyak kes berlaku selepas bercerai, suami tidak memberi nafkah kepada anak2. Dimanakah kesedaran anda? Sehinggalah bekas isteri terpaksa membawa perkara ini ke mahkamah, baru nak sedar tanggungjawab, itupun liat nak bayar. Anda ingat selepas bercerai, terputus hubungan dengan anak2? Jawablah di akhirat nanti ya!

Sekian...

References : Intrend keluaran Julai 2011

10 PETANDA DIA JODOH KITA....... (Sharekan bersama jika anda rasa ianya bermanfaat.. Mudah-mudahan.. :)

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)


Gunakan seluruh pancaindera


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Bayangkanlah bila aku tak setia ...

" Bayangkanlah bila aku tak setia "


Seketika wajah isteriku mengerut ketika pernyataan itu kuungkapkan semalam. Ada getar kemarahan yang siap terukir dari wajahnya, namun dia masih mencuba menahannya. Belum selesai tarikan nafasnya yang kesekian setelah pernyataan itu, dia terus membalikkan badannya memunggungi aku. Aku tersenyum, " berjaya … " fikirku.


Aku berjaya membuatnya semakin sayang kepadaku. Anda mampu saja melakukan hal yang sama (jika berani) untuk membuat sayang dan cinta pasangan anda tetap bergelora sepanjang masa. Memang, pernyataan itu mampu diimplikasi ketika anda tak segera mengklasifikasikannya. Seperti kejadian malam itu, setelah berbalik dan memunggungi, aku biarkan dia melakukan hal itu selama dia mahu. Kerana aku tahu, di benak hatinya terngiang-ngiang kata-kata: " bayangkanlah bila aku tak setia " dan dimatanya, hanya diriku yang singgah disana.


Dan itu terbukti, setelah beberapa minit aku fikir dia sudah tertidur dan bersikap bodoh dengan ungkapanku yang aneh itu, ternyata dia tidak mampu memejamkan mata dan terus memikirkan kata-kata itu. " Sayang ..., abangkan cuma berkata, bayangkan... dan itu belum tentu terjadi. Abang belum melanjutkan pernyataan berikutnya "


Selang satu jam dari pernyataan pertama, aku ucapkan pernyataan kedua, " Bayangkanlah, bila Abang pergi dahulu dari sayang kembali menghadap Allah ". Serta merta dia berbalik dan memelukku erat, beberapa titis air hening keluar dari sudut matanya yang cantik. Maaf, aku tidak mampu menceritakan kepada anda tentang kehangatan cinta dan sayang malam itu, jika anda tak melakukannya sendiri. Yang jelas, aku berjaya melakukan satu terapi yang tepat untuk tetap membuat isteriku sayang dan cinta kepadaku.


Bagaimana dan mengapa hubungan dapat berlangsung dan dapat gagal? Secara sederhana dapat dijelaskan, Anda tidak dapat menghargai apa yang anda anggap sebagai sesuatu yang memang sudah semestinya anda miliki. Inilah sebabnya mengapa orang-orang tidak merasa berbahagia dengan kehidupan yang mereka miliki. Mereka selalu menginginkan lebih banyak tapi tidak pernah bersyukur terhadap apa yang mereka miliki. Dan apabila anda tidak mensyukuri apa yang anda miliki, Anda akan mula beranggapan bahawa hal itu memang sudah semestinya anda miliki. Apabila anda memiliki anggapan yang demikian, maka anda tidak lagi menganggap berharga apa yang anda miliki. Dan apabila anda tidak menganggap berharga apa yang anda miliki, Anda tidak dapat menikmati apa yang anda miliki.


Hal yang sama juga berlaku dalam setiap hubungan. Dalam hal ini, bagi anda pasangan suami isteri, apabila pasangan anda menganggap anda sebagai orang yang memang sudah semestinya ada, maka dia tidak akan menganggap anda sebagai orang yang berharga dan dia akan mula mencari orang lain. Contoh sederhana, misalkan saja anda pergi ke dokter, dan doktor mengatakan bahawa anda akan kehilangan pendengaran, barangkali anda akan segera menyedari bahawa suara indah isteri anda tak akan pernah lagi didengar. Itu baru pendengaran, bayangkanlah jika tidak sekadar pendengaran yang hilang, misalnya, penglihatan atau bahkan pasangan anda pergi untuk selamanya.


Ada sebuah pesan Nabi agar kita sentiasa mengingat 5 hal sebelum datangnya 5 hal yang lain, yakni sihat sebelum datangnya sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, waktu lapang sebelum kesempitan tiba dan hidup sebelum mati. Pesan Nabi itu sentiasa mengingatkan kita bahawa rasa bersyukur kita akan muncul ketika diingatkan bahawa apa yang kita anggap sebagai sesuatu yang sudah semestinya kita miliki itu sesungguhnya belum tentu kita miliki (selamanya). Anda tidak mampu menganggap sesuatu yang sudah anda miliki kini sebagai hal yang tidak mungkin terpisah dari anda, kerana setiap waktu, semua yang anda miliki itu dapat saja hilang dan berpisah.


Anda pernah cemburu? Atau pasangan anda cemburu? Jangan khuatir, kerana itu justeru akan semakin mengeratkan hubungan anda. Apabila Anda atau pasangan anda sedikit mengkhuatirkan hubungan anda, ini ertinya bahawa di dalamnya ada unsur keraguan, sehingga kekhuatiran ini tidak akan menghilangkan keangkuhan dan tidak bersyukur. Untuk itu, anda perlu menciptakan unsur ketidakpastian agar anda tidak kehilangan kasih sayang untuk lebih mengeratkan hubungan.


Tanpa adanya unsur keraguan akan muncul perasaan bahawa " Anda akan selalu ada ". Apabila perasaan seperti ini muncul, maka pasangan anda tidak akan lagi menganggap bahawa anda orang yang luar biasa, sehingga hilanglah penghargaannya kepada anda. Jika pasangan anda sudah menganggap bahawa anda memang sudah semestinya ada, padamlah perasaan kasih sayang. Tapi jangan takut, dalam waktu sedetik anda dapat menghidupkan kembali perasaan sayang dan hubungan akan (semakin) menjadi erat dengan cara memperkenalkan unsur keraguan.


Satu kesalahan yang sering kita lakukan dan sangat disayangkan, ketika kita merasa tidak aman terhadap sebuah hubungan, kita justeru lebih memparahnya dengan menegaskan bahawa anda selamanya miliknya, sehingga hilanglah unsur keraguan yang menyedarkan bahawa anda tidak selalu mesti ada. Sepintas lalu, setiap pasangan yang diberi kata-kata penegasan, bahawa anda miliknya selamanya, akan tersenyum. Padahal kalau mahu direnungi lagi, hal itu jelas merupakan kesalahan yang fatal. Inilah fakta tentang karakter manusia. Jadi, jika ingin terus disayang dan dicinta, ingatkanlah selalu pasangan anda agar sentiasa menganggap bahawa setiap saat dia boleh saja berpisah dan kehilangan anda. Berani mencuba? Hmmm …


Rujukan:

David J Lieberman, penulis buku Get Anyone To Do Anything

Andai Lelaki Mengandung??

Sudah hampir empat bulan ini si isteri mengandung. Seperti biasa, lelaki harus memainkan peranan menjadi lelaki penghibur agar duka mengandungnya hilang. Seperti kebanyakan, bila isteri mengandung pastilah ada kelecehan-kelecehan yang sebenarnya ada-ada saja. Tetapi lelaki, ya! tetap saja mahu dirinya menang sendiri. Mungkin begitu kata keluhan si isteri.


" Yang...anak di kandungan ini ingin KFC"


"Sabar sayang, belum dapat order, banyak lagi benda keperluan lain duit nak guna... besoklah mungkin ada rezeki datang".


" Tidak...mengidam...nanti anak meradang dalam kandungan..."


"Kalau bayi dalam kandungan tak meradang, tak seronok jugak, haha! "...


" Lagi-lagi tak dituruti... Yelah, saya merajuk kat awak! :( ".


" Ibu, makan seadanya dulu. Kalau anak dalam kandungan sikit-sikit sudah diturut, nanti kalau sudah besar kita yang susah. Tentunya yang paling makan hati ibunya. Sebab dia sejak kecil setiap minta apapun selalu dituruti. Jadi kebiasaan buruk. Manja. Tidak biasa terikat dan sabar dalam mengejar cita-cita. Ego. Sedikit-sedikit dituruti sedikit-sedikit dituruti".


" Sebenarnya yang ingin KFC itu kan nafsunya ibu. Mana mungkin bayi masih suci bersih dalam kandungan tahu selera makan. Lihat, kalau ibu marah atau meradang, anaknya tendang-menendang kan?. Kan akhirnya ibunya sendiri yang kesakitan. Dia tidak mahu masuk-campur hal-hal kotor. Apapun alasannya.


Syukuri saja yang ada. Itulah nikmat wanita mengandung... salah sedikit ada yang mengingati.


"Apalagi yang mengingatkan tentang kebersihan semasa mengandung. Meninggal dunia di anggap syahid. Kerana memang di situ ada waktu sejati...."


Wow...saya nak ganti mengandung....


" Wah...wah seandainya lelaki merasakan bagaimana payahnya mengandung, baru tahu rasa... ", begitulah kata si isteri.


He...hee ;D cuma melirik si isteri yang agak merugut. Begitulah sekurangnya. Memang seronok apabila lelaki menjadi komentator. Tak pernah merasa mengandung tetapi sudah memberi komentar selayak superhero mengandung. kah3!


Sebenarnya itu semua mungkin alasan akal fikiran. Tapi sesungguhnya tidak sesederhana itu. Kata-kata seandainya lelaki mengandung itulah yang menghiburkan si isteri. Bahawa bila seorang lelaki mengetahui apa makna kejadian mengandung, tentulah ia akan rela senang hati mengganti posisi kudrat melahirkan seorang wanita. Mungkin lelaki bersedia mengandung berkali-kali demi waktu yang sangat berharga itu.


Namun hanya wanitalah yang mengetahui proses kejadian manusia mulai dari alam rahim sampai kelahiran. Lelaki hanya tahu dari kata-kata. Paling tidak sekadar mengamati. Lelaki tak pernah merasakan sesungguhnya bagaimana proses adanya manusia dari tiada menuju ada. Lelaki tak pernah ikut mengalami kesaksian tertiupnya roh ke dalam daging. Pengalaman yang tak dapat diganti dengan keterangan apapun. Tak hairan kaum lelaki lah yang paling cerewet berdebat soal Tuhan. Sebab para lelaki tak begitu faham dan sudah terlalu lupa akan kejadian di masa lahirnya.


Maka apabila telah Ku sempurnakan kejadiannya dan Ku tiupkan kepadanya roh Ku; maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya... ( Shaad :72 ).


... " Sayang! bayi bergerak !... ", begitu kata ibu-ibu ketika pertama kali kandungannya bergerak. Saat itu masuklah Roh ke segumpal daging. Si ibu menjadi saksi nyata proses itu. Satu kebahagiaan dan kerinduan begitu terasa dalam sanubari si ibu.


Dari perjalanan kerinduan ini, pemahaman ibu secara tak disedari akan berbelah-bagi dan membingungkan sampai akhir hayat. Manakah yang harus dia cintai ?, menyanjung puja siapa?, menimang-nimang dan mensujudi satu kejadian? Kepada roh yang menggerakkan daging ataukah ke atas daging yang tak kuasa bergerak yang kita sebut anak ?


Bila seorang ibu mampu menempuh jalan rohani, maka dia tidak lagi terikat dengan konsep material. Rasa sayangnya meluap-luap memenuhi jasad. Begitu faham bahawa roh itu satu walau terpisah oleh daging yang bernama ibu dan anak. Tumpuannya hanya pada si penggerak. Si ibu akan menjadi komander utama membawa anak kembali kepada Allah.


Bagi si ibu sejati, anak adalah wasilah terhebat menuju Tuhan. Karier profession peribadi tak ada apa-apa bila di banding kemuliaan berkarier menjadi ibu. Sebab bagaimana mungkin karier peribadi yang hanya berisi imbuhan perolehan dunia dapat dibandingkan sejajar dengan karier seorang ibu dalam menjaga anaknya ? Sebegitu syirik kah kita saat ini ?


Tak hairan kalau Rasulullah menyuruh kita untuk berbakti kepada ibu sampai tiga kali lebih besar daripada ke seorang ayah. Syurga pun di bawah tapak kakinya. Tapi bagaimanakah kita memahami dan merealisasikan hadis syurga berada di telapak kaki ibu? Adakah wujudnya keinginan untuk syurga?, ketika ibu sedang berjalan kemudian kakinya ditarik-tarik oleh anaknya untuk sekadar melihat ada tidaknya syurga di tapak kakinya ? haha!


Telapak adalah alat melangkah dimana akan meninggalkan jejak. Bila si ibu sering menjejakkan kaki ke supermarket, tentu si anak akan ikut sering ke supermarket. Akhirnya anak merasa terbiasa dengan tempat itu. Di situlah dia akan menganggap supermarket sebagai rumah kedua. Ia akan menganggap supermarket sebagai tempat paling menyenangkan, yakni syurga. Rumahku syurgaku. Kalau sudah begini, biasanya ayahnya yang berada di neraka. Stress. Jejak tapak kaki si ibu begitu menentukan model syurga anaknya.


Proses berbakti seorang anak adalah mengamati langkah kaki si ibu. Lalu mampukah kita disebut berbakti bila kita melihat si ibu yang sedang kelelahan hidupnya dalam mencari kerinduan roh kemudian langkahnya tidak betul hampir terjatuh tapi kita membiarkan? Terjatuhnya ibu ke tempat yang tak layak akan mempengaruhi seorang anak untuk mengikutinya.


Sebab anak adalah kasih rohani ibu.


***


Fuhh...Pengorbanan yang tiada tanding tiada bandingnya. Ya Allah, semoga engkau beri Khusnul Qatimah pada setiap ibu. Tak ada yang mampu saya berikan selain doa itu. Sebab dari segi apapun ibu saya jauh lebih hebat.


Ikatan batin ibu dengan anak memang luar biasa. Memunculkan kerinduan dan kejengkelan yang sangat hebat. Dua sifat yang luar biasa ini bagaikan mihrab tersunyi pengantar proses mi'raj. Suasananya begitu syurgawi atau sebaliknya. Ibu dan anak adalah dua sinergi yang bahu membahu saling melepaskan keterikatan wujud material demi mencapai makna hidup. Roh


Mungkinkah setiap isteri kita mengalami hal demikian terhadap anak-anak kita ?


Para lelaki harus mencari tahu terhadap isterinya sendiri... -sendiri.


BERGURU kepadanya tentang kelam-kabutnya mencari si buah hati sejati. Roh.


Untuk itu, bersiaplah dicerewet. Anggap saja si isteri sebagai pelatih profesional dalam menundukkan hawa nafsu demi kesaksian dengan Roh. Setiap pertarungan sejati perlu pelatih dan sparring partneryang handal untuk menggapai kemenangan. Daripada berguru ke orang lain bayar mahal kan lebih baik wang diberi kepada isteri sendiri. Best kan, sudah dicerewet kene bayar pulak....


Tak hairan kenapa setiap proses ijab kabul harus dengan syahadah. Sebab makna pernikahan adalah menempuh kebaruan hidup menjadi mahluk yang bersaksi atas proses ketuhanan. Memulai mencari asal manusia dan merasakan getaran hebat sampai tahap tersungkur di atas perjalanan Roh. Sayangnya, dada kita hanya bergetar hebat dag dig dug (haha! teringat lagu dag dug... apapun... terima kasih sebab dah baca sampai sini) dan tubuh kita tersungkur K.O hanya pada malam pertama saja. Ehhmm... Hee!


ternyata ibu saya adalah guru tanpa kata...


Mari bersedekah Al-Fatihah kepada setiap ibu agar kita lebih mudah mengingati asal kejadian. Roh


Wassalam, semoga bermanfaat.

Kembali Senyum . . .

• Di waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya

• Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya

• Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya

• Di waktu kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu

• Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu

• Maka kamu akan merasakan bermakna dia untukmu

• Jangan sampai nanti dia sudah tidak lagi di sisimu, kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu

• Yang indah hanya sementara

• Yang abadi adalah kenangan

• Yang ikhlas hanya dari hati

• Yang tulus hanya dari sanubari

• Tidak mudah mencari yang telah hilang

• Tidak mudah mengejar impian

• Namun yang lebih susah adalah mempertahankan yang ada

• Karena walaupun digenggam terlepas juga

• Ingatlah kata pepatah: "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"

• Belajar menerima apa adanya dan berfikiran positif

• Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya akan sirna tak berbekas

• Rumah mewah, harta benda, kedudukan, jawatan, namun ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak dapat dibawa, sehelai benang pun tak mampu dimiliki

• Apalagi yang mahu diperebutkan

• Apalagi yang mahu disombongkan

• Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani

• Jangan terlalu berhitung

• Jangan hanya mahu menang sendiri

• Jangan suka menyakiti sesama, apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita

• Belajarlah tiada hari tanpa kasih

• Selalu berlapang dada dan mengalah

• Hidup sentiasa ceria dan bebas

• Tak ada yang tak dapat di ikhlaskan

• Tak ada sakit hati yang tak mampu dimaafkan

• Tak ada dendam yang tak mampu dihapuskan

Si Hitam & Si Putih ...

Tersebutlah kisah di zaman dulu. Di sebuah kampung, ada dua orang sahabat rapat. Nama dua sahabat ini ialah Hitam dan Putih. Teramatlah baik mereka ini sehinggakan orang ramai mengatakan mereka ini adik beradik.



Nak di jadikan cerita, satu hari berlakulah sengketa besar antara mereka. Besar sungguh sengketa mereka hingga mulai dari hari itu mereka tidak lagi bertegur sapa. Bukan itu sahaja, disebabkan teramat marahnya Hitam terhadap Putih, habis semua cerita buruk Putih yang sebelum ini disimpan oleh Hitam diceritakan kepada orang lain. Biasalah manusia, nak menyedapkan cerita-cerita ini, Hitam mula menokok tambah sana sini rahsia Putih.



Putih amatlah sedih dan marah apabila mendengar cerita-cerita yang dihebahkan oleh Hitam itu. Disebabkan itu, Putih jatuh sakit. Makin lama semakin teruk penyakit Putih hinggakan orang-orang kampung merasakan hidup Putih sudah tidak lama lagi. Maka orang-orang kampung bersungguh-sungguh memujuk Hitam agar berdamai dan memohon maaf dengan Putih. Mula-mula disebabkan ego, Hitam berkeras tidak mahu memohon maaf. Tapi orang-orang kampung itu tidak berputus asa. Maka teruslah mereka memujuk Hitam hingga lembut hati Hitam.



Maka pergilah Hitam menziarahi Putih. Hitam memohon maaf dari Putih. Namun Putih hanya berdiam diri sambil memandang sayu terhadap Hitam. Setelah berkali-kali Hitam cuba memohon maaf, Putih menyatakan beliau boleh memaafkan Hitam dengan syarat Hitam membelikan untuk beliau seguni kekabu. (bahan yang digunakan untuk mengisi bantal). Bergegaslah Hitam pergi mencari seguni kekabu. Puaslah Hitam mencari kekabu tersebut di pasar. Nasib menyebelahi Hitam apabila Hitam berjaya membeli kekabu tersebut dari seorang wanita tua.



Hitam lalu bergegas semula ke rumah Putih dan menyerahkan kekabu tersebut kepada Putih. Sekali lagi Hitam meminta Putih memaafkan beliau. Kali ini, sebelum beliau memaafkan Hitam, beliau meminta Hitam menaiki satu tempat yang paling tinggi di kampung mereka itu dan kemudian menebarkan segala kekabu dalam guni itu agar kekabu itu berterbangan dan memenuhi segenap pelusuk kawasan di situ..



Hitam tidak banyak soal. Dia lantas memikul guni kekabu itu dan mencari tempat paling tinggi di kampung mereka itu. Cari punya cari, sudahnya Hitam ternampak sebuah bukit dan tiadalah tempat yang lebih tinggi dari puncak bukit tersebut. Dengan susah payah, Hitam mendaki bukit tersebut sambil memikul guni kekabu itu. Sampai di puncak, Hitam termenung sejenak memerhatikan keindahan alam. Setelah puas, Hitam mula menebarkan segala kekabu dalam guni tersebut hingga tiada langsung kekabu dalam guni itu. Hitam memerhatikan kekabu itu terbang ditiup angin hinggakan ada kekabu yang terbang itu hilang dari pandangan beliau. Dilipat guni yang kosong itu dan hasrat Hitam mahu membuktikan apa yang dipinta Putih telah ditunaikan beliau.



Dengan hati yang girang, Hitam berjalan menuju ke rumah Putih. Sangkanya kali ini, Putih pasti akan memaafkan beliau. Sampai sahaja di rumah Putih, ditunjuk guni yang kosong itu kepada Putih. Hitam dengan penuh harapan memohon maaf kepada Putih. Putih memandang tepat smbil berkata dengan perlahan-lahan. "Hitam, jika kamu benar-benar ingin aku memaafkan kamu, aku ada permintaan terakhir. Aku pasti memaafkan kamu jika kamu laksanakan permintaan aku ini. Aku mahu kamu kutip segala kekabu yang telah kamu tebarkan dari puncak bukit itu tadi!" Terduduk Hitam mendengar permintaan Putih itu..

Apa pelajaran dari cerita ini?

Fitnah itu amat menyakitkan. Belum tentu sakitya boleh sembuh walaupun banyak tenaga, masa dan wang digunakan untuk menyembuh penyakit terkena fitnah ini.

Siapa suamimu di syurga nanti? by Saim Ani on Thursday, June 23, 2011 at 1:30am

Persoalan mengenai kehidupan berpasangan, suami-isteri atau ikatan perkahwinan di syurga kelak akan dijawab mengikut dalil sahih dari Rasulullah SAW, namun segala perinciannya adalah hak milik Allah SWT. Waullahu a’alam.



Kes 1:

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin
+ Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah SAW bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” [Hadis Riwayat Muslim]. Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.



Kes 2:

Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.
+ Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada Ahli Syurga.



Kes 3:

Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.
+ Seperti kes 2, wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.



Kes 4:

Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin
+ Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.



Kes 5:

Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu
+ Seperti kes 4, Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.



Kes 6:

Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain
+ Wanita dalam golongan ini akan bersama dengan suaminya yang terakhir sebelum meninggal dunia, tidak kira berapa kali wanita tersebut berkahwin. Suaminya yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi Ahli Syurga. Ini dikuatkan oleh hadis Rasulullah “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” Hadis sahih riwayat Al-Albani

Nota cinta buat sang gadis ...

Kehadapan :



Saudariku yang ku cintai kerana Allah

Tanpa bermaksud aku hadir menulis surat ini,

Berharap sesak di dada akan segera berkurang jika

Surat ini telah sampai padamu,



Sebagai saudari yang mengaku mencintaimu kerana Allah

Aku punya kewajiban untuk menjagamu, menolongmu dan menasihatimu

Dan biar surat ini jadi ingatan untukku dan pula untukmu,



Surat ini kutujukan kepada engkau saudariku,

Saudari yang waktu ini telah memiliki azam yang kuat untuk meninggalkan cinta bersahaja pada lelaki yang belum jelas akan menjadi suami mu atau tidak?



Cinta yang pernah membuat mu buta, tak keruan, malah tak mengenal dirimu...

Cinta yang membuat mu menitiskan air mata yang tak tertahankan,

Membuat mu melamun dan mengganggu warasnya fikiranmu,



Cinta yang membuat hatimu lemah,...

Cinta yang hanya menyakitimu,

Cinta yang menjadikan dirimu kehilangan cita-cita juga mungkin kehilangan harga diri,



Sekarang katakan, Selamat tinggal pada cinta bodoh itu,

Kini dirimu adalah mawar yang indah dengan duri-durinya,

Duri-duri yang siap menusuk jika ada yang hendak memetik mu tanpa izin empunya,



Saudariku,

Engkau telah menyedari cinta yang hadir padamu itu hanyalah sebuah cinta bersahaja,

Maka janganlah engkau biarkan cinta bersahaja yang lain mengusikmu,



Engkau, Saudariku...

Pernah jatuh ke dalam satu jurang jika bukan kerana Allah mencintaimu...

mungkin engkau tak akan pernah menyedari bahawa dirimu

telah terjererumus dalam kemaksiatan yang nyata...



Engkau tau, engkau bukan satu-satunya wanita korban lelaki yang jahil itu,

Begitu banyak saudari ku yang lain juga mengalami hal yang sama,...

Berjuta-juta dari mereka pernah berada dalam titik sama sekalipun

Tapi mereka cerdas dan kini mereka sangat utama dalam perubahan...

Ku ingin engkau pun seperti mereka...



Ketahuilah tak ada manusia tanpa cela, kerana kita bukan orang-orang yang sempurna...

Tapi setiap cela yang pernah kita ada, Kini tutupilah dengan perubahan indahnya akhlakmu...



Namun jika engkau tetap seperti dahulu, maka ku katakan...

Kerugian terbesar lah buat dirimu...



Jangan engkau naifkan, Cinta yang suci dihatimu,

Cinta yang suci itu hanya diperuntukkan buat cinta yang suci pula,

Bukan pada lelaki hidung belang yang hanya melelahkanmu,



Jangan engkau berkata, “Aku tak mampu hidup tanpa dia kekasihku...”

Duhai saudariku, tidakkah engkau sedar bahawa engkau sedang menduakan Allah yang telah menghidupkan mu dan kelak mematikanmu...??





Siapa dia yang mampu membuatmu tak mampu hidup????????????

Malah engkau tahu, lelaki yang engkau tangisi itu...

Yang dengan berani nya kau katakan tak mampu hidup tanpanya...

Jika saja Allah mencabut nyawanya, sedetik pun dia tak mampu menolak,

Lantas bagaimana mungkin engkau tak mampu hidup tanpanya??????????????



Aku mengerti jika engkau perlu waktu untuk memulihkan perasaanmu

yang sedang di mabuk cinta bersahaja itu

Tapi ketahuilah, engkau hanya memerlukan waktu 1 bulan

untuk memperbaiki hatimu atau kurang dari 1 bulan,

Asal engkau punya niat dan tekad yang kuat,

Niat berubah untuk mengharapkan redha Allah,

Kerana jika tak ada niat dan tekad yang kuat,

Bertahun-tahun pun engkau akan berada dalam jerat yang sama,

Semua menjadi sia-sia...



Saudariku,…

Jangan pula engkau katakan, bahawa dialah cinta terakhirmu

Saudariku, Engkau kah yang berhak mengatur cinta pertama dan terakhir???

Bukan rasa cinta itu anugerah yang Indah dari Allah?

Dan cukup Allah lah saja yang tahu siapa cinta terakhirmu...

Jangan dahului ketentuan Allah untukmu,



Cukup saudariku,

Telah cukup dosa yang kita buat,

Jika bukan kerana Allah menaruh kasihnya pada kita,

Dan jika saja setiap dosa yang kita buat itu memberikan bekas luka di tubuh kita,

Maka sungguh waktu ini, tubuh ini akan berbau busuk kerana dosa-dosa itu,



Tapi sungguh Allah itu Maha Pemurah,

Maha Penyayang,

Hingga kini diri kita mulus tanpa luka



Duhai saudariku,.. ku sudahi dulu surat ku ini,

Insya Allah surat ku yang lain akan kuberikan jika engkau telah benar-benar meninggalkan cinta bersahaja itu...

Jangan lakukan kesilapan yang sama...

kalau saya boleh putarkan masa,

hari2 saya akan ingatkan diri bahawa,

selagi belum pasti dia adalah jodoh kita,

jgn sesekali beri dia apa2 yg belum layak dimilikinya...

jgn ucapkan apa2 yang belum layak didengarinya..

cintailah dia hanya sekadarnya...

kerana...

jika dia bukan jodoh kita akhirnya..

tiada apa habuan untuk kita melainkan dosa dan hidup yang sia2...

cinta yang akan dibawa hingga syurga hanyalah cinta yang diizinkan wali atas nama Allah semata-mata..



memang bukan salah dia...

dia dan imannya..diluar kuasa kita...

tapi...kita dan iman kita...

hanya itu yang mampu kita jaga...

kita manusia yang lemah...

iman yang lebih kerap turun dari naiknya..

seringkali tersungkur pabila diuji dengan tipu daya syaitan yang menampakkan yang buruk itu sebagai indah belaka..



wahai sahabat..

adik-adik...

anak2 saudaraku yang kusayang...



kerana saya insan yang hina...

kerana saya juga pernah melakukan dosa yang sama...

kerana saya juga pernah berfikiran seperti mana yang anda semua fikirkan...

saya ingin berpesan...

kerana...

setelah allah datangkan petunjuk...

maka tersedarlah saya yang mana satu adalah kebenaran...



kebenarannya adalah...

hanya dengan rahmat allah kita akan dipertemukan dengan jodoh yang baik...

hanya dengan izin allah...kita akan dicintai dengan seikhlasnya...

hanya dengan redha allah..kita akan bahagia selamanya...

hanya dengan kasih sayang allah..kita akan temui keserasian dengan pasangan kita...

hanya dengan belas kasihan allah..kita akan temui insan yang selayaknya...



oleh itu..

sedarlah...

jika apa yang sedang kita lakukan ini menjauhkan dari rahmat allah..kasih sayang allah...belas kasihan allah...

kembalilah...

pulanglah pada allah...

mintalah padaNya...

hanya Dia yang tahu 'siapakah dia'...

bukan kudrat kita mahu menentukannya...

kita hanya merancang....hanya Allah menentukan...

oleh itu..

mintalah ilham dari tuhan supaya yang kita rancang itu membuatkan kita lebih dekat padanya..



benar...

cinta datang tanpa diduga..

hadirnya diluar jangkaan kita..

kuasanya boleh jadi lebih dari kawalan kita...

tapi ingatlah...

Allah sentiasa ada untuk melindungi kita...

jika kita bersungguh2 berserah padanya...



cinta itu indah...

tapi biar ia juga indah di mata ibu bapa kita...

indah di mata abang kakak kita...

indah di mata adik adik kita...

indah di mata sahabat2 kita...

yang jauh lebih penting...

indah di mata allah yang tidak pernah lalai mengasihi kita..



kepada yang sedang bercinta...

semoga cinta kita diredhai...

bahagia itu milik allah...

mintalah padaNya supaya dia meminjamkan sedikit kebahagiaan itu pada kita..

kepada yang sedang putus cinta...ucapkanlah alhamdulillah...

mungkin allah sedang memanggil anda untuk kembali padaNya...

memberi ruang untuk anda menilai baik buruknya...

dan memberi peluang kedua kepada anda untuk meminta cinta yang lebih baik yang bakal ditentukan allah nanti...

kepada yang masih belum menemui cinta..

berdoalah..

semoga Allah hanya menemukan anda dengan cinta yang buat anda akan lebih cinta padaNya..

semoga Allah jauhkan anda dari cinta yang hanya sia-sia yang kebanyakan kita tanpa sedar sedang melayarinya...



yang baik itu sentiasa datang dari Allah...

yang lemah itu..datangnya dari sifat hambanya yang tidak mungkin sempurna ini...



wassalam.

Lelaki dan kebenaran Cinta ...

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, dia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

20 perkara kenapa WANITA benci LELAKI ...

1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA 'CUCI MATA'

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macammana tu?

5. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN

Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

13. PANAS BARAN

Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Setuntas kasih ...

Hmmm...lame x update belog nih...
Mood hilang laa pas dah terdelete belog asal...xoxo!!!
sedey xterkata beb...byk kenangan ngn belog tersebut...beliau banyak menyimpan rahsia hati ni...cehhh!!! ayat gua xbley bla seyh...