Me_Myself

Me_Myself
Rojakzzzz info kat sini...jom usha2 apa yang ada... peace... :)

Tuesday, July 5, 2011

15 sikap pasanganmu ; Suami paling HAMPEH!!

Sikap 1 : Jadi Biawak Hidup

Suami kategori ini memang terkenal dengan sikap malasnya untuk bekerja. Biarpun memiliki tubuh sasa macam Remy Ishak, namun dia lebih suka goyang kaki di rumah. Sedikit pun tidak ada rasa malu dengan isteri dan anak2 untuk berusaha mencari rezeki. Jika kerja pun malas (ada juga yg tidak bekerja pun!) , macamana nak tanggung anak bini?? Sudah tentu suami jenis 'biawak hidup' ini tidak dapat menyediakan tempat tinggal / berteduh buat keluarganya. Ini belum kira lagi soal makan minum, pakaian, perubatan dan pendidikan. Hello! suami2 'biawak hidup', awak tak belajar agama ke? Apabila bercakap fasal kawin sering kaitkan dengan agama, jadi kenapa tanggungjawab tidak dilaksanakan mengikut tuntutan agama? Lebih teruk lagi jika dia meminta duit daripada isteri untuk memenuhi keperluannya, misalnya nak beli rokok, ataupun berfoya-foya dengan kawan2 'kacang hantunya'. Suami macam ni baik mati sahaja, menyusahkan hidup anak bini...


Sikap 2 : Tidak Pernah Hulur Duit Belanja Dapur

Kebanyakkan suami menganggap duit belanja dapur menjadi tanggungjawab isteri. Walhal hanya tugas di dapur sahaja yang seharusnya dikendalikan oleh isteri. Manakala kos menyara keluarga termasuk makan minum terletak di bahu suami. Walaupun bunyinya macam tak penting sahaja, namun hakikatnya bil barangan dapur boleh mencecah ribuan ringgit sebulan, almaklumlah dengan harga yng melonjak tinggi. Kalau tak percaya, rajin2kanlah diri melihat2 harga susu anak, lampin pakai buang, milo, lauk pauk dan barangan kering di pasaraya. Pati terbeliak biji mata mata suami2 se-Malaysia.


Sikap 3 : Melayan Isteri Bagaikan Kuli

Suami jenis ini 'berat tulang' untuk melakukan kerja2 rumah. Tidak pernah nak menolong isteri menyapu sampah, mencuci pinggan mangkuk ataupun mengasuh anak. Kalau isteri sibuk buat kerja di dapur sampai tak menang tangan kerana terpaksa melayan kerenah anak kecil yang menangis meraung2, dia buat pekak saja. Tetapi jika makan malam lambat dihidangkan,dia mengamuk memarahi isteri. Leterannya mungkin berlanjutan sampai keesokan pagi. Amboi! Berlagak mengalahkan anak raja.


Sikap 4 : Berlagak Bujang

Kisah lelaki yang sudah beristeridan beranak pinak tetapi berlagak bagaikan orang bujang bukan sesuatu yang dihairankan. Memang banyak. Sebab tu ramai wanita yang yang terpedaya menjalin hubungan dengan suami orang kerana lelaki jenis ini tidak mengaku yang dirinya sudah berpunya. Apabila sibuk mengayat perempuan lain, sudah tentu isteri dan anak2 diabaikan, betul tak??


Sikap 5 : Biar Papa Asal Bergaya

Isteri bayar installment kereta, suami pulak yang bergaya. Disebabkan hendak memandu kereta mewah, sanggup hantar dan jemput isteri ke tempat kerja, tetapi hakikatnya duit insurans kereta dan duit minyak,isteri yang tolong bayarkan. Memang dasar muka tak malu!!


Sikap 6 : Tidak Ambil Tahu Mengenai Perancangan Keluarga

Hempuk saja suami jenis ini. Tahu nak sedap saja. Apabila suruh pakai kondom kala 'bersama', dia pun menyinga. Bila isteri hamil dia marah tak terkira. Katanya, banyak duit diperlukan untuk menanggung kos bersalin di hospital. Habis tu, awak tak fikir betapa sakitnya isteri terpaksa bertarung nyawa melahirkan zuriat tanda cinta anda berdua? Memang layak awak tu digelar suami paling 'hampeh' di dunia.


Sikap 7 : Anggap Isteri Macam Perempuan Simpanan

Kes ni lagi teruk kerana suami akan mencari isteri hanya sekadar untuk memuaskan nafsunya semata2. Dia hanya berbaik2 dengan isteri tatkala mahu berasmara. Ketika itu pujuk rayunya manis bak gula, sikapnya lembut persis lelaki budiman. Namun selepas dapat apa yang dihajati, darjat isteri entah di mana.


Sikap 8 : Suami Hilang Belang

Walaupun tahu dirinya sudah beristeri dan ada anak2, lelaki kenis ini suka menjalin hubungan dengan perempuan lain. Ada yang kata dia mahu 'test markat'? Dirinya masih laku atau tidak selepas berkahwin. Bila dah dapat perempuan cantik, mulalah lupa diri, tak ingat anak bini. Bawa2la insaf cik abang oi!!


Sikap 9 : Kaki Pukul

Dia minat sungguh dengan rancangan gusti seperti WWF kot! Sebab tu dia suka belasah isteri dan anak2nya. Pantang salah sikit habis mereka dikerjakannya. Kadang kala tak tahu apa sebabnya sehingga anak bini jadi mangsa kaki dan tangannya. Lebam2 tubuh mereka dibuatnya. Takkan nak lepaskan gian, anak bini menjadi mangsa?


Sikap 10 : Suka Berfoya-foya

Suami jenis ini tidak suka duduk di rumah. "Bosan", katanya. Walhal hakikat sebenar dia malas membantu isteri menguruskan rumahtangga, apatah lagi menjaga anak2 yang kuat menangis. Justeru, dia lebih suka melepak bersama teman2nya walaupun berpeleseran bersama teman wanita barunya.


Sikap 11 : Suami Tangkai Jering

Kedekut dalam soal membelanjakan wang biarpun penting untuk keperluan anak2 dan isteri. Kalau beli barangpun, dai pilih yang paling murah dan tentunya berkualiti rendah. Kalau dapat makan di luar pun, dia bawa anak isteri makan di gerai2 di bawah pokok entah di mana2, tak pernha merasa makan di restoran apatah lagi hotel mewah.


Sikap 12 : Suami Berat Sebelah

Dalam hal ini, suami selalu menyebelahi keluarganya sahaja. Dia hendak menang selalu dan mengatakan keluarga isteri semuanya tidak kena. Jika apa2 berlaku, dia akan mendahulukan ahli keluarganya berbanding mengambil tahu akan perihal anak dan isteri.


Sikap 13 : Suami Ala Diktator

Dia berangan nak jadi macam bekas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos kot! Seisi keluarga kena dengar cakap dan segala arahannya! Anak bini tidak ada hak untuk bersuara.


Sikap 14 : Hilangkan Diri Begitu Sahaja

Suami jenis ini memang patut mati kena sula. Dia boleh kahwin bila2 masa dan tinggalkan anak isteri ikut suka mak bapak dia.Disebabkan ada jantan berperangai beginilah membuat ramai isteri yang ditinggalkan dalam keadaan 'gantung tak bertali'. Sungguh kamu suami paling tak berguna.


Sikap 15 : Tidak Beri Nafkah Kepada Anak2 Selepas Bercerai

Banyak kes berlaku selepas bercerai, suami tidak memberi nafkah kepada anak2. Dimanakah kesedaran anda? Sehinggalah bekas isteri terpaksa membawa perkara ini ke mahkamah, baru nak sedar tanggungjawab, itupun liat nak bayar. Anda ingat selepas bercerai, terputus hubungan dengan anak2? Jawablah di akhirat nanti ya!

Sekian...

References : Intrend keluaran Julai 2011