Me_Myself

Me_Myself
Rojakzzzz info kat sini...jom usha2 apa yang ada... peace... :)

Tuesday, October 18, 2011

Ciuman Berahi atau Love Bite Boleh Bawa Maut

Kali ini mari kita liaht satu lagi tips buat suami isteri atau pasangan kekasih yagn tengah hebat melayari badai berahi. Sebut sahaja ciuman pasti ramai yang menggambarkan ciuman yang penuh ghairah sama ada di mulut, di leher mahupun di buah dada isteri. Tetapi sejauh mana diantara kita yang tahu bahawa ciuman berahi ini boleh membawa maut?

Tidak dinafikan suami atau isteri pasti sudah biasa dengan ciuman manja lovebite ini..LOVEBITE (gigitan cinta) adalah lebam sementara atau tanda tanda bewarna biru keungguan akibat perbuatan mencium, menghisap atau menggigit kulit dengan kuat sehingga kulit tertarik dan menyebabkan pecah darah di bawah kulit tersebut. Hickeys (lovebite yang terhasil) boleh kekal selama 4-12hari ditubuh seseorang dan kelihatan sama seperti lebam biasa.

Secara umumnya, hickeys/lovebite boleh dihilangkan dengan meletakkan ais. Tapi sebenarnya, cara hilangkan lovebite ni berkesan hanya untuk lovebite yang terhasil kurang dari 10minit. Untuk yang lebih dari 10 minit tu, gunalah trick berpakaian. Sama ada pakai shawl atau naikkan kolar baju tshirt.
Menarik : Tips Buat Lelaki Kuatkan Tenaga Batin | Senaman Kuatkan Tenaga Batin
Tips Buat Suami Isteri dan Kekasih Ciuman Berahi atau Love Bite Boleh Bawa Maut Tips Buat Suami Isteri dan Kekasih | Ciuman Berahi atau Love Bite Boleh Bawa Maut

Tips Buat Suami Isteri dan Kekasih | Ciuman Berahi atau Love Bite Boleh Bawa Maut

Kenapa Ciuman Berahi Suami Isteri atau Pasangan Kekasih ini Boleh Bawa Maut?

Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan sakit jantung akibat daripada lovebite yang di lakukan oleh kekasihnya. Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya. Mereka kemudiannya, memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite dibadannya. Dan dari kesan lovebite tu, mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.

Sebenarnya lovebite yang terhasil tu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan strok!

So, hati hati lah semasa bersama pasangan masing masing. Jangan sampai lupa diri, nanti ada yang merana baik lelaki atau perempuan. Jangan disebabkan expressi cinta, ada yang maut.