Aduh...sakitnya. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nya..." keluh Qalesya pada suaminya Syahir.
"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Syahir pd Qalesya.
Qalesya hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Qalesya dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Qalesya bila Syahir berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Syahir terhadapnya. Seakan-akan membenci Qalesya dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Qalesya hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Syahir tadi. Doktor Johari menyuruh Qalesya meneran ...."Come on Qalesya u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Qalesya bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.
Tiba-tiba Qalesya terasa sakit lagi dan Qalesya meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Qalesya u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Qalesya. "Tahniah Syahir, it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Syahir. Syahir hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Qalesya namakan Muhammad Danisy dan Nur Danisya.Qalesya berasa lega... tapi Qalesya masih lagi teringat kata-kata Syahir padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Qalesya selalu kecil hati . Tapi Qalesya tahankan sahaja. Qalesya tahu kalau Qalesya mengadu pada emak, Qalesya akan dimarahi semula. Jadi Qalesya hanya diam dan memendam rasa. Danisy dan Danisya diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Qalesya berehat kemudian dapatlah Qalesya menyusukan Danisy dan Danisya. Comel sungguh kembar Qalesya. Qalesya termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Qalesya mengandungkan kandungannya, Syahir selalu memarahi Qalesya, ada sahaja yang tidak kena. Kata Qalesya yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Qalesya. Tak sanggup Qalesya hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Qalesya kuatkan semangat dan pendirian Qalesya.
Ingat lagi waktu Qalesya mula mengandung Syahir tak percaya Qalesya mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Qalesya mengandung. Syahir ragu anak dalam kandungan Qalesya. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Qalesya dah 2 bulan...Qalesya cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Qalesya tak tau nak cakap apa.
Qalesya balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Qalesya gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Qalesya bangga Qalesya dapat memberi zuriat kepada Syahir. Tapi apa yang Qalesya dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di fikirannya. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Qalesya sahaja. Kenapa Bang?"soal Qalesya pada Syahir . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak". Syahir menempelak Qalesya "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Syahir lagi. "Abg syak Qalesya ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Qalesyakan isteri Abang yang sah tak kan Qalesya nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Qalesya pada Syahir. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Qalesya senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Syahir meleraikan pelukan Qalesya dengan kasar sehingga Qalesya hampir tersungkur. Qalesya menangis dan sedih. Syahir buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Qalesya semakin laju. Qalesya hanya mampu menangis. Terasa dada Qalesya sakit menahan semua tohmahan dari Syahir, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Qalesya, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farish, bukan main baik lagi budak tu" marah Syahir. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni..." kutuk Syahir lagi pada Qalesya. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Qalesya pada Syahir. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Qalesya sambil menangis.
Semenjak kejadian itu Qalesya terpaksa mengikut Syahir ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Qalesya berehat di Surau tempat Syahir bekerja. Syahir bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Syahir shif malam terpaksalah Qalesya menunggu Syahir sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Qalesya terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Qalesya buat overtime di pejabat. Qalesya terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Qalesya gagahkan juga. Tetapi kadangkala Syahir tidak menjemput Qalesya di tempat kerja terpaksalah Qalesya menaiki bas. Begitulah Qalesya sehinggalah Qalesya hampir pada waktu bersalin Qalesya. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Qalesya, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Qalesya naik marah kerana Syahir jemput Qalesya lambat sampai sakit pinggang Qalesya menunggunya. Qalesya menangis. Syahir tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Qalesya macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Qalesya.
Qalesya tambah sedih mengenangkan nasib dirinya, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Qalesya balik ke rumah, mereka berdua akan berlakon yang mereka tidak bergaduh...Qalesya sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Qalesya...dalam keadaan yang begitu Qalesya masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Syahir dalam keadaan marah telah menarik rambut Qalesya dan menghantukkan kepala Qalesya ke dinding...Qalesya hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Qalesya nak pergi ke rumah Mak Lang Wina yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Qalesya dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Qalesya mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Qalesya pada Syahir. Syahir ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti..."desak Qalesya lagi. Tiba-tiba Syahir bangun dan mukanya bengis memandang Qalesya. "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker!!!" marah Syahir. "Itu Qalesya tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Qalesya cuma nak ingatkan Abang aja..." Qalesya memberitahu Syahir. Syahir datang pada Qalesya dan direntapnya rambut Qalesya dan di hantukkannya kepala Qalesya ke dinding.
Qalesya tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Syahir berbuat demikian...terasa kebas kepala Qalesya dan mula membengkak. Pening kepala Qalesya dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Qalesya dalam hatinya. Qalesya memencilkan diri Qalesya disudut dinding dan menangis.Syahir kemudian duduk diam. Qalesya rasa kepala Qalesya macam nak pecah. Kebas masih lagi terasa dan mula membengkak... berdenyut2... "Bang, Qalesya minta maaf jika Qalesya membuat Abang marah..." Qalesya memohon maaf pada Syahir sambil menangis teresak-esak.
Tut,Tut, Tut, Tut....bunyi handphone Syahir. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Syahir yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah cafe... "Hoi, Encik Syahir, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azman, kawan pejabat Syahir. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha...." gelak Syahir dan kawan-kawan lain. Azman cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Syahir nie tak ader risau langsung pasal bini dia" cetus hati Azman. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azman mengingatkan Syahir. "Iyelah, Man, lagipun Qalesya dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Syahir selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Syahir, sesal tak sudah nanti" kata Azman lagi. Tut, Tut, Tut....bunyi handphone Syahir. "Hello Syahir speaking" jawab Syahir. "Hello Syahir, Doktor Sham sini, ade masalahlah Syahir, pasal Qalesya, datang segera ke hospital ye Syahir, Qalesya tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Sham "Iye ke, teruk ke dia Sham , okay I datang"...tuttttttt . Syahir menamatkan perbualannya dengan Doktor Sham. "Man. Kau ikut aku, Qalesya tak sedar diri ..."ajak Syahir pada Azman. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat" tanya Azman pada Syahir. "Alah jom ler cepat" desak Syahir.
"Syahir, kami tak dapat selamatkan Qalesya, Qalesya mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Qalesya jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Sham dengan serius dan ingin penjelasan Syahir. Syahir hanya mendiamkan diri. Automatik otak Syahir teringat yang dia pernah menarik rambut Qalesya dan menghantukkan kepala Qalesya ke dinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Syahir tidak pernah pun membawa Qalesya ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Qalesya sering sakit kepala yang teruk ...tapi Syahir tidak pernah mengendahkan kesakitan Qalesya....baginya Qalesya mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Qalesya hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zamri yang merawat Qalesya kerana Qalesya mengadu sakit kepala sewaktu Qalesya memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zamri membawa Qalesya ke Lab untuk membuat CT-scan di bahagian kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Qalesya tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Syahir. Qalesya telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Qalesya, Qalesya minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Syahir. ALLAH berkuasa Syahir kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Sham lalu memberikan Syahir sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.
Syahir mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Qalesya. Setiap lembaran tertulis rapi tulisan Qalesya dan peristiwa yang berlaku pada Qalesya pada setiap hari , Syahir membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Qalesya semuanya tertera di dalam diarinya. Dan Syahir dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Syahir terhadap Qalesya..."YA ALLAH kenapa aku buat Qalesya begini" terdetik hati Syahir selepas membaca tiap lembaran diari Qalesya. Dan terpandang oleh Syahir mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Syahir tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Qalesya yang tersayang, I LOVE U Abang... "SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"
Assalamualaikum.
Abang,
Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Qalesya sewaktu mula mengenali Abang. Lama Qalesya simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Qalesya dengan Abang. Qalesya benar-benar menyayangi Abang. Qalesya menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Qalesya. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Qalesya pada Abang.. Terlebih dahulu Qalesya ingin sangat dengar Abang panggil Qalesya SAYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Qalesya SAYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Qalesya macam tu...walaupun Qalesya dapat merasa panggilan SAYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan SAYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Qalesya lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Qalesya? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Qalesya pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Qalesya hadiahkan Abang....... Danisy dan Danisya. Untuk Qalesya tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Qalesya inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Qalesya. Qalesya akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Qalesya. Qalesya pergi untuk menemui NYA.
Qalesya harap Abang akan menjaga Danisy dan Danisya dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danisy dan Danisya tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Qalesya dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Qalesya tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Qalesya ingin mengatakan bahawa Qalesya tak pernah ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati ini. Jiwa dan raga Qalesya hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Qalesya walaupun Qalesya ini cuma menumpang kasih pada sebuah keluarga yang menjaga Qalesya dari kecil hinggalah Qalesya bertemu dengan Abang dan berkahwin. Qalesya harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Qalesya tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Qalesya yang malang kerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging Qalesya....tapi Qalesya bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Qalesya harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Qalesya ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Qalesya tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Qalesya. Berjanji pada Qalesya dan ingat DANISY dan DANISYA adalah darah daging abang...Ampunkan Qalesya dan halalkan segala makan minum Qalesya selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danisy dan Danisya berilah pada emak Qalesya supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Qalesya dah buat nama emak untuk KWSP Qalesya. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Qalesya nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Danisya mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Qalesya yakin mesti Danisy akan mengikut iras raut wajah Qalesya...Ibunya. ..sejuk perut Qalesya mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Qalesya untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Qalesya sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
Wassalam.
Salam sayang untuk terakhir kalinya daripada Qalesya Untuk Abang dan seluruh keluarga Qalesya.
Tak lupa juga untuk kedua-dua permata hati Qalesya. Doakan Qalesya.
Ikhlas daripada
Nur Qalesya Damia
Sabarlah Syahir, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danisy dan Danisya" pujuk Azman. Syahir hanya tunduk membisu. YA ALLAH... Qalesya sayang, maafkan Abg Qalesya. Syahir longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar di hari pernikahan antara Syahir dan Qalesya jatuh dikakinya dan Syahir mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT QALESYA DAN SEKELUARGA. QALESYA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI QALESYA DAN KELUARGA QALESYA HINGGA KE AKHIR HAYAT QALESYA.
Syahir terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Syahir seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Qalesya seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Qalesya... Qalesya... Qalesya... Maafkan Abang Qalesya. Sewaktu jenazah Qalesya tiba dirumah suasana amat memilukan. Syahir tidak terdaya untuk melihat keluarga Qalesya yang begitu sedih atas pemergian Qalesya. Namun emak Qalesya begitu tabah dan redha. Danisy dan Danisya sentiasa di dalam pangkuan neneknya. Saat akhir untuk melihat Jenazah Qalesya, Syahir lihat muka Qalesya tenang bersih dan Syahir kucup dahi Qalesya buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Qalesya mengikuti wajah Syahir. "Qalesya... Abang minta ampun dan maaf" bisik Syahir perlahan pada telinga Qalesya sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Syahir meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Syahir ada titisan airmata bergenang di tepi mata Qalesya. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Syahir. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Syahir dan diberikan kepada neneknya.
Jenazah Qalesya dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Qalesya, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Syahir tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Qalesya yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Qalesya selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Syahir keseorangan di pusara Qalesya yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Qalesya....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Syahir terlelap disisi pusara Qalesya. Bermimpikan oleh Syahir, Qalesya datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Syahir dengan lembut mulus. Syahir melihat Qalesya tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka putih bersih Qalesya. Qalesya... Qalesya... Qalesya nak kemana tu... Qalesya...Qalesya...QALESYAAA..... Syahir terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Syahir, bangun Syahir...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Syahir?" tegur abang long , abang ipar Syahir. Dari jauh Syahir lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Syahir berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danisy, Danisya anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Syahir tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Qalesya....