Me_Myself

Me_Myself
Rojakzzzz info kat sini...jom usha2 apa yang ada... peace... :)

Monday, October 31, 2011

cara-cara solat sunat istikharah

Cara :

1.Diniatkan solat sunat istikharah kerana Allah

2.Didirikan dengan dua rakaat.

3.Boleh dilakukan bila-bila waktu tetapi sebaiknya selepas solat insya'.Ini kerana waktu malam lazimnya segala urusan dunia kita telah selesai.

4.Lebih afdhal lagi jika dilakukan diakhir malam (sekira-kira 2-3jam sebelum subuh)bersama solat tahajud.Ini adalah mengambil barkah waktu-waktu mustajab berdoa.

5. Rakaat pertama disunat membaca surah Al-Kafirun dan dirakaat akhir dibaca surah Al-Ikhlas.Namun jika tidak menghafalnya surah surah lain (hafal) dibolehkan

6.Sebaik-baiknya Solat Istkharah dilakukan setelah melaksanakan solat Isya' setelah itu terus tidur

7.Selesai solat dibaca doa saperti dibawah

"Ya Allah hamba mohon pemilihan dengan ilmu mu dan mohon penetapan dengan kekuasaan mu, hamba mohon keutamaan mu yang maha agung , sebab engkaulah yang mentaqdirkan bukan hamba sendiri yang dapat menentukan. Engkaulah yang maha mengetahui dan hamba sendiri tidak mengetahui. Dan engkau adalah maha mengetahui segala hal yang ghaib-ghaib. Ya Allah sekiranya engkau mengetahui bahawa hal ini (yakni yang dimaksudkan itu) adalah baik untuk hamba baik yang mengenai keagamaan hamba, keduniaan hamba , akibat persoalan hamba, yang kini atau yang akan datang nanti maka taqdirkanlah hamba dapat memperolehinya dan berikanlah keberkahan kepadanya untuk hamba serta permudahkanlah menghasilkanya itu. Tetapi sekiranya engkau mengetahui bahawa hal ini (yakni yang dimaksudkan itu) buruk untuk hamba, baik yang mengenai keagamaan hamba, keduniaan hamba akibat persoalan hamba yang kini atau yang akan datang nanti maka hindarkanlah hamba daripadanya dan hindarkanlah ia daripada hamba dan selanjutnya tentukanlah yang baik untuk hamba dimana saja adanya. Kemudian berikanlah keredhaan pada hamba untuk melakukan yang baik itu."