Sunday, April 5, 2015
The Slupz, bermulanya di sini....
(Abaikan post2 lama tu ye...zaman sebelum berbisnes..hehe)
Kami adalah sebuah syarikat yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan & The Slupz terdiri daripada 5 orang pemegang syer yang menjadikan kami 1 team yang kuat... kami berpegang teguh pada pendirian, ketelusan, kejujuran, 'hardwork' dan yang penting sepakat...
The Slupz Souvenir adalah salah satu cabang perniagaan yang kami ceburi dan memerlukan fokus dan komitmen yang tinggi dan kami bersiaran secara langsung di Bazar JB (normally known as Bazar Karat) di belakang bangunan Tabung Haji setiap Selasa - Ahad jam 8.00 malam hingga 1.00 pagi... Perniagaan ini melibatkan idea, inovasi & kreativiti untuk menghasilkan rekaan-rekaan yang memukau & cun melecun... yang penting dapat mencairkan hati pelanggan...
Setakat ini dah beratus tempahan kami terima daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta & orang perseorangan... Walaupun perniagaan ini baru masuk bulan keempat tetapi dengan promosi yang pelbagai dan meluas, kami telah mempunyai pelanggan tetap yang rata-rata adalah daripada kalangan agensi-agensi swasta yang membuat tempahan dalam kuantiti yang banyak... Walaubagaimanapun, matlamat utama tetap kami pegang iaitu untuk menjadi salah satu syarikat perintis utama dalam bidang printing & cenderahati ini dan melebarkan sayap ke serata Malaysia... In Shaa Allah... Jika diizinNya...
Ok...gambar-gambar akan menyusul kemudian... selamat meneroka ke alam The Slupz... :)