"Ya Allah anugerahkanlah kami rasa takut dalam melakukan maksiat
berikanlah kami kekuatan dalam melawan hawa nafsu dan syaitan yang sentiasa mengajak kepada kejahatan
anugerahkanlah kami rasa cinta terhadapmu Ya Allah
anugerahkanlah rasa rindu terhadapmu Ya Allah
jadikanlah zuriat dan keturunan kami menjadi hambamu yang soleh dan solehah
jadikanlah kedua mataku ini penat menatap kalammu Ya Allah
jadikanlah lidah kami basah dengan zikirmu Ya Allah
jadikanlah mulut kami penat dalam menyampaikan dakwahmu Ya Allah
kurniakanlah mataku ini menangis kerana takut azabmu YA aLLAH
BANTULAH KAMI DALAM MENGHADAPI SAKARATULMAUT
jadikanlah kami penghuni syurga yang telah engkau janjikan
dan jadikanlah hamba yang sentiasa bersyukur dalam segala nikmat yang engkau berikan