Me_Myself

Me_Myself
Rojakzzzz info kat sini...jom usha2 apa yang ada... peace... :)

Friday, August 19, 2011

Jangan . . .

(¯`♥´¯) .♥.•¨`*♫ ✿ ܓ
´*.¸.•´♥` Lukman al-Hakim menegaskan dalam wasiatnya ialah menjaga solat..

Lukman menyuruh anaknya supaya menunaikan solat kerana ia difardukan-Nya melalui utusan di bumi (dari kalangan nabi dan rasul).

Solat adalah tiang agama, dalil keimanan dan yakinnya hamba terhadap Ilahi, jalan mendekatkan diri kepada-Nya dan membantu mencegah kemungkaran, kekejian dan menyucikan diri.

Perkara ini diterangkan melalui ayat 17, surah Lukman bermaksud: “Hai anakku! Dirikanlah solat.”

Ya Allah,
aku malu denganMu Ya Allah,
aku malu jika aku melewatkan solat, sedang Engkau terlalu sayang kepadaku,
aku malu jika aku tidak berpuasa, sedang Engkau sangat adil kepada ku,
aku malu jika tidak berzakat, sedangkan rezekiMu untukku tak terhingga banyaknya,
aku malu jika tidak bersyukur, sedangkan nikmat Engkau kepadaku tidak ternilai,
aku malu jika tidak dapat mengingati Mu setiap detik, sedangkan Engkau sentiasa bersamaku...
aku malu Ya Allah...
Ampunilah aku...

♥ Jangan tinggalkan solat ~
♥ Jauhi maksiat ~
♥ Jagalah aurat ~