(1) Keluar bersama (dating)- 33% orang wanita mengharapkan lelaki membayar untuk kesemua kos apabila mereka meluangkan masa bersama. Tetapi peratus wanita yang lebih memahami adalah lebih tinggi iaitu sebanyak 38% menyatakan bahawa mereka berasa lebih adil sekiranya ia dikongsi samarata iaitu 50-50.
(2) Facebook- 38% orang wanita menyatakan bahawa mereka tidak kisah sekiranya teman lelaki/suami mereka berkawan dengan bekas kekasih di facebook, 27% pula menyatakan bahawa mereka tidak kisah walaupun teman lelaki/suami mereka bertemu dengan bekas kekasih, dan 34% menyatakan mereka tidak suka walaupun sedikit perhubungan.
(3) Cinta jarak jauh- 31% orang wanita menyatakan bahawa mereka tidak kisah untuk perhubungan jarak jauh. Tetapi 56% orang wanita pula menyatakan bahawa mereka tidak sukakan perhubungan jarak jauh dan lebih suka untuk meluangkan masa bersama pasangan.
(4) Pendapatan- 12% wanita menyatakan bahawa mereka tidak kisah sekiranya pendapatan lelaki adalah lebih sedikit, tetapi 47% wanita menyatakan mereka tidak sukakan situasi ini. Mereka lebih selesa untuk memilih lelaki yang setanding atau mempunyai lebih banyak wang dari mereka.
(5) Masalah mengenai lelaki- 11% orang wanita menyatakan bahawa mereka terpaksa menghadapi masalah lelaki yang pemalas dan tidak bercita-cita tinggi.
(6) Kecurangan- 44% wanita menyatakan bahawa mereka akan memberi peluang kepada pasangan yang telah melakukan kecurangan dibelakang mereka, dan 17% pula menyatakan bahawa mereka tidak akan memberi peluang sekali lagi.
(7) Anak- 63% wanita mengambil berat mengenai jumlah anak, kebanyakan lebih selesa untuk memiliki kurang daripada 5 orang, manakala 21% pula menyatakan bahawa mereka tidak kisah dengan jumlah anak.
(8) Seksualiti- 18% menyatakan bahawa mereka telah menyembunyikan ketidakpuasan seks terhadap suami mereka, tetapi 63% menyatakan bahawa mereka suka berbincang mengenai kepuasan seks bersama suami.