Kehidupan perlu diteruskan walaupun pelbagai rintangan yang mendatang. Setiap insan di dunia ini di duga oleh Allah dengan pelbagai jenis dugaan mengikut kesanggupan dan kelayakan hamba itu menerimanya. Allah telah menyatakan bahawa "Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi mereka tidak mengubahnya". Jelaslah bahawa kita tidak digalakkan menyerah 100% hanya pada takdir tanpa adanya usaha untuk mengatasi setiap masalah yang dihadapi. Cuba cari jalan yang jelas dan tidak menyalahi hukum dan syariah Islam.
Ada kalanya manusia diduga hanya dengan dugaan yang kecil sahaja akan tetapi penyelesaian yang dibuat adalah dengan menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain iaitu berjumpa dan meminta penawar dari yang selain Allah. Di mana keimanan yang selama ini dilaungkan dan diagung-agungkan. Allah juga tidak rugi apa-apa jka hamba-Nya tidak beriman kepadanya. Hamba-Nya itu sahaja yang akan rugi serugi-ruginya kerana tidak beriman kepada Allah.
Allah merupakan Zat yang maha Agung. Allah tiada permulaan dan tiada pengakhirannya. Tiada yang menjadikan Allah. Penguasaan Allah tanpa batas di dunia ini. Apabila Allah berkehendakkan sesuatu maka terus terjadi. Allah adalah tuhan yang menciptakan setiap sesuatu yang wujud di dunia ini.
Allah adalah sempurna dan tiada mengambil ruang kerana ruang tersebut adalah ciptaan Allah. Sama ada Allah disembah atau tidak, Allah tidak akan berkurang mahupun bertambah. Jika Allah bertambah, bermakna Allah adalah kurang. Jelaslah Allah tidak sama dengan apa-apa pun di dunia ini. Allah sediakala terjadi. Tiada satu pun yang memulakannya. Manusia perlu memikirkan perkara ini kerana Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah.
Persoalannya di sini mengapa banyak manusia yang ingkar dengan perintah Allah dan ada juga yang meninggalkan Islam kerana berasa agama lain lebih hebat daripada agama Islam. Allah telah menarik nikmat dari diri mereka. Betapa beruntungnya jika dilahirkan dari keluarga Islam kerana setiap perkara telah diajar dari kecil lagi. Berbeza pula dengan mereka yang lahir dari keluarga yang bukan Islam. Bagaimana mereka mencari satu kebenaran yang jelas dalam mendekatkan diri dengan sesuatu yang dirasakan pasti tanpa ragu-ragu. Saudara Baru Islam melalui pelbagai rintangan untuk berjumpa dengan agama yang syumul ini. Usaha mereka diredhai oleh Allah dengan pemberian hidayah dari Allah.
Sedih sangat bila membaca dada akhbar di mana ramai dalam kalangan anak muda sekarang yang mahu keluar dari Islam. Ada antaranya yang kukuh ilmu Islam di dada akan tetapi pada akhirnya kecundang kerana mahu masuk ke agama lain. Di mana silapnya. Mereka hidup di dunia ini hanya rugi semata-mata.
Ini adalah hasil cetakan saya dari seorang rakan blog lamanmotivasi.blogspot.com . Penulisan beliau sangat mendebarkan dan membuatkan saya turut dimotivasikan. Sama-sama kita baca artikel beliau yang bertajuk Cabaran Remaja Islam pada masa kini.
PERANCANGAN KOMUNIS..
* Memberi galakan dan kebebasan kepada penulis-penulis untuk hentam Islam
* Memutuskan ikatan agama di antara bangsa-bangsa Islam (suburkan perkauman)
* Menggunakan Islam untuk hancurkan Islam
* Menyebarkan fahaman teori Darwinisme – manusia berasal dari beruk
* Menyebarkan fahaman teori Frued – tumpuan semua kehidupan manusia adalah seks
* Agama candu masyarakat
* China dan Rusia telah membunuh seramai 26 juta penduduk Islam Turkistan
* Yugoslavia, 1 juta penduduk Islam telah dibunuh
Perancangan salibiah (GERAKAN HANCURKAN ISLAM)
* Cuti hari Jumaat ditukarkan kepada hari Ahad
* Turki, laungan azan wajib dalam bahasa Turki
* Gladstone, "Selagimana al-Quran dihayati oleh orang Islam, maka Eropah tidak akan berjaya selama-lamanya. "
* Pemerintah Perancis di Algeria, "Kita mesti hapuskan al-Quran baru kita berjaya."
* Zeumer (bapa segala paderi sedunia tahun 1935), "Tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar menjauhkan mereka dari Tuhan mereka."
* Lowrence Brown (paderi), "Kita mesti pastikan umat Islam berpecah-belah supaya mereka sentiasa lemah."
* Menyuburkan slogan hak kebebasan wanita, persamaan taraf lelaki dan wanita dan menentang pemakaian menutup aurat
* Mendidik anak-anak perempuan dengan budaya Barat
* Menanamkan keyakinan bahawa bahasa Arab itu susah dan sukar, akhirnya umat Islam benci dan tidak faham akan al-Quran
* Menyebarkan propaganda bahawa Islam itu penceroboh dan pengganas
* Menonjolkan wanita Barat moden dan wanita Islam mundur
* Menonjolkan kebaikan Kristian melalui bantuan kemanusiaan di Negara-negara Islam
* Dr. Abdul Wadud esy-Syalabi (Universiti al-Azhar), "Pendakwah Kristian di seluruh dunia Islam seramai hampir 500 ribu orang."
PERANCANGAN YAHUDI
* Pecah belahkan dunia Islam, cetuskan peperangan
* Rosakkan aqidah dan runtuhkan akhlak
* Membina dan melebarkan Negara Israel (ISRAELRAYA)
* Bina kekuatan ekonomi Yahudi sedunia ( 1 % daripada hasil rokok dunia disumbangkan kepada Israel. Dengan itu, Israel akan menerima 1 bilion – mungkin secara bulanan )
* Menawarkan bantuan kewangan dan pangkat kepada anak-anak Islam untuk merosakkan remaja Islam – melalui konsert, filem dan sebagainya
* Menggalakkan pesta-pesta hiburan tanpa sempadan antara lelaki dan perempuan
* Suburkan pergaulan bebas – awalnya 'Rakan Study', akhirnya …
* Tubuhkan sesuatu yang berkonsepkan 'BEBAS DARI IKATAN KETAUHIDAN' (Skin-Head dan sebagainya)
* Serang budaya Islam dengan budaya Barat
AYUH!! SEDAR DIRI!!!... BANGKITLAH UMAT ISLAM!!!!!
Dunia mutakhir kini jelas menzahirkan mega cabaran yang melampau tidak kira dalam populasi aspek yang pelbagai. Namun, sesuatu perkara yang paling jelas telah melanda umat Islam zaman kini dan TIDAK ramai yang mengetahui dan menyedarinya iaitu Perang Minda. Musuh-musuh Islam Laknatullahi `alaihim telah mula memasang strategi untuk menjatuhkan Islam menggunakan pengaruh minda telah pun bermula berkurun lamanya. Begitu besar peranan yang wajib dimainkan remaja Islam masa kini. Sedarkah anda? Bayangkan, seorang ketua paderi sedunia tahun 1935, Zeumer, telah menyatakan:
"Tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan orang Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar menjauhkan kehidupan mereka dari Tuhan mereka."
Ini adalah kata-kata seorang ketua paderi dunia tahun 1935 yang menyatakan kerisauannya apabila umat Islam berpegang teguh dengan al-Quran. Umat Islam zaman dahulu menjadi mapan dalam setiap aspek bersusurgalurkan pegangan yang teguh kepada al-Quran. Namun, dapatkah anda tafsirkan sikap umat Islam zaman kini?? Majoriti aktiviti sehariannya dipenuhi dosa dan noda, tidak ubah seperti stail kehidupan orang Barat yang sentiasa bermandikan lautan kemaksiatan dan kemungkaran. Entum merupakan golongan terpelajar, tidak memerlukan syarah yang panjang untuk memahaminya.
Kita singkap kembali sejarah kegemilangan Islami. Kehidupan muslimin dahulu gemilang bukan hanya kerana dianugerahi ilmu yang bergunung-gunung sahaja, bahkan ilmu-ilmu tersebut semakin direnangi dan diselami sedalam-dalamnya. Kemudian, dikongsi bersama dengan muslimin yang lain bagi menghilangkan kejahilan mereka sesama sendiri.
Namun begitu, bagaimanakah hakikat masyarakat Islam zaman kini? Amat ramai golongan yang berjaya melepasi menara gading dengan cemerlang, tetapi tidak ramai yang membantu mencurahkan ilmu mereka kepada yang lain demi kemaslahatan masyarakat Islam. Walaubagaimanapun, golongan yang kurang berpendidikan pula tidak boleh hanya mengharap kepada golongan berpendidikan. Sebaliknya, mereka wajib membina kekuatan fikir mereka. Bagaimana?? Kekuatan fikir ini hanya boleh dibina dengan amalan membaca.
Slogan-slogan yang menginginkan masyarakat sentiasa mengamalkan amalan membaca telah bertebaran di serata pelusuk dunia, cuma pengaplikasiannya sahaja yang masih di tahap minimum. Penguasaan ilmu ini termasuklah ilmu duniawi dan ukhrawi. Hal ini kerana Islam menggalakkan pengikutnya mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.
kita disuruh ALLAH dan RASUL untuk melaksanakn AMANAH-Nya.
Lupakah kita kepada AMANAH-Nya???
Berikut merupakan antara peranan yang wajib dimainkan oleh remaja Islam masa kini dalam menempuhi mega cabaran yang melanda gelanggang dunia keIslaman kini:
* Penguasaan ilmu (fardhu `ain dan fardhu kifayah)
* Bina kekuatan fikir dengan membaca
* Kuasai bahasa al-Quran dan mentadabburnya (meneliti dan menghayati)
* Bina keharmonian dan kemurnian akhlak (tuturkata, adab pergaulan, pemakanan, pemakaian dan sebagainya)
* Sibukkan diri dnegan gerakan-gerakan, persatuan-persatuan Islam
* Kembali cintakan ibadah
* Dampingi golongan alim
* Sentiasa mendirikan solat jama`ah
* Jernihkan aqidah dari perkara khurafat
Segala nasihat mahupun teguran terdaya dilakukan, namun ikhtiar dan mujahadah dalam melaksanakannya adalah bergantung kepada sejauh mana kesedaran kita dalam memainkan peranan sebagai remaja Islam.
Muhasabahlah… kajilah semula amalan kita terdahulu. Adakah kita pernah menyumbang kepada kebangkitan Islami? Seraplah kembali ilmu di sekeliling selagi masih bersinar untuk dipusatkan di sistem pemusatan idea untuk diterjemahkan. Dengan itu, berlakulah suatu aliran pemusingan minda dalam diri seorang mukmin untuk menyumbangkan sumbangan yang amat berguna dalam pembangunan kegemilangan Islam.