Selamat malam semua… Meh uLan nak share something yang maybe berguna untuk blogger baru seperti uLan juga… Harap dengan entry ini dapat membantu membangkitkan semangat dan idea untuk korang terus blogging…
MARI TERJAH BLOG SI CANTIKMANIS
Pernah sekali di suatu masa, duka sungguh waktu itu dan sering berkata ” apa guna aku berblog kalau pengunjung tak ada? entry gempak tapi tiada pembaca? ” sedih dan nak quit rasanya… Lagi lagi baru berhijrah ke wordpress seteLah sebuLan lebih blogging menggunakan platform blogspot.. dalam masa sehari entry yang uLan post ada 10 ke 15 view je… penat penat buat entry tapi tak ada yang datang berkunjung? sedihnya tak terkata tetapi kini… uLan ingin mengubah persepsi itu… Selagi ada usaha untuk belajar,kita tetap akan mampu di suatu hari… Yes You Can!! Untuk menyemarakkan inspirasi korang jom uLan tunjukkan satu screen shot untuk entry terbaik uLan hari ni :
entry terbaik
Entry Terbaik ini boLeh dilihat disini {KLIK SINI}
Ini adalah screenshot uLan pada pukul 3.00pm tadi… yang menunjukkan ada 1840view. uLan post entry ini pukul 11 malam semalam sebelum tengah maLam… Ini sedikit luarbiasa kerana biasanya entry harian blog uLan ni hanyalah 300 ke 400 average per view… dan disini kesimpuLan yang uLan dapat ialah,kesinambungan entry SEO,SociaL Bookmarking,Blogwalking,Kualiti Entry sangat penting!! Gabungkan!! Sure entry korang akan meletup!!
Sebelum ini,ada kawan kawan terbaik uLan bertanya,uLan share lah tips dan trick… Ya uLan tidak akan simpan sendiri pengetahuan yang uLan ada,uLan pasti akan share dengan korang semua,cuma bila uLan berfikir kembali,rasa segan nak publish entry tips dan trick ni sebab uLan rasa tak layak… Tetapi atas kerana sayang sangat kat korang semua ok uLan beranikan diri… :-)
Ini adalah apa yang uLan buat tadi untuk entry ni :
1) Entri Yang BerkuaLiti : karanglah satu artikeL atau berita atau apa apa saja yang korang nak untuk sebuah entry… andai artikeL ingin dikongsi? olah lah artikel tersebut seindah bahasa dan mesra pembaca… Tetapi ingat,usah terlalu mengubah,nanti maksud artikel akan berubah pula Tak pasal pasal kita kena saman huhuhu…
perkongsian yang sangat menerujakan
2) Manfaatkan SociaL Bookmarking : Peranan Social Bookmarking sangat kuat dalam mempromosi entry atau blog kita… Tak tahu apa itu SociaL bookmarking? Ok lingkungan SociaL Bokkmarking terbaik adalah Facebook dan Twitter… Kenapa? Kerana,dengan sekelip mata mereka yang melayari rangkaian sosial tersebut alert sekelip mata dengan ping yang korang… Perkara pertama yang harus dilakukan adaLah, Ping kan ke Wall Facebook korang dan Seterusnya Twitter!! siap? Then korang cari search Group ini di Facebook. KONGSI BLOG ; DIARI SAHABAT BLOGGER ; SAHABAT BLOGGER ; KOMUNITI GILA BLOG ; KAMI & BLOG ; PORT BLOGGER ; BLOGGER PING ; BLOGGING ITU SENI ; BLOGGER BAWAH TANAH ; KAMI SI BLOGGER ; Join group group ini dan seterusnya ping lah setiap entrykorang kat sana… dan lihatlah perbezaannya :-) Ini ibarat Menyelam sambil minum air kerana,pengunjung yang akan datang ke blog korang dan mereka mungkin berminat untuk follow.. Bagi yang inginkan follower,ya disini lah tempatnya… banyak lagi aplikasi social bookmarking yang ada,tetapi untuk permulaan kita mulakan disini dulu ya.. kerana,dengan beberapa group yang uLan display ni,cukup penat lah juga ping satu persatu di setiap wall… dan pastinya pengunjung kita adalah dari malaysia dan faham dengan apa yang kita tulis kan :-) andai ping ke luar negara ya beribu riban lah trafik,tetapi masalahnya terindeks ke trafik itu pada trafik nuffnang? itu uLan kurang pasti ya… Nanti kita selidiki lagi..
3) Guna Optimasi SEO : Jika korang berhasil melakukan dua langkah sebelumnya, maka langkah ketiga yang saya sarankan adalah menggunaan optimasi SEO. Optimasi ini termasuk di dalamnya bagaimana anda memilih kata kunci yang tepat, memanfaatkan plugin, membuat Header, tagline dan menggunakan dasar-dasar SEO pada setiap artikel. Ini juga adalah perkara global yang perlu kita fahami… uLan sedang mengkaji dan memahami.. hope nanti uLan mampu untuk menghuraikan perkara ini ya :-)
4) Pengunjung Setia : Merekalah nadi blog kita,tanpa mereka blog kita akan sunyi,tiada tsunami trafik!! dengan itu,usahlah kedekut backlink ya.. backlink bermula dari bloglist,RSS Feed,dan seterusnya mention di entry… contohnya seperti yang uLan buat nie : ” JOM BACA CARA MENINGKATKAN TRAFIK DI BLOG KAWAN ULAN… ENTRY INI SANGAT MESRA PEMBACA DAN MUDAH UNTUK DIFAHAMI “ KLIK SINI senang kan?
5) Blogwalking : Cara yang paling standard yang kita harus lakukan… dengan blogwalking, kita dapat mengksplorasi blog kawan kawan yang lain sambiL mencari inspirasi dikala otak sedang buntu mencari bahan… Komen juga sangat penting kerana dengan itu,tuan blog yang kita kunjungi itu tahu yang kita singgah,kerana shoutbox ala ala chatbox,cepat je hilang teguran mesra kita kat situ… :-)
Orait… uLan penat la hehehe panjang berjela pula entry buatan sendiri ni… harap korang tak boring membacanya ea.. Mention: uLan belum letakkan link dulu kerana line slow sangat ni,uLan berhasrat nak letak semua link group Facebook diatas,tapi nak letak satu satu,makan masa pula.. Nanti uLan free uLan letak ea.. Korang boleh search secara manual dia Facebook Search Area….
Masa untuk uLan bLogwalking… uLan nak minta diri dulu.. jumpa lagi di lain entry Tips untuk New Blogger ya… Salam sayang dari uLan and Happy Blogging!!! Takmo stress stress okey :-) Bye…