Me_Myself

Me_Myself
Rojakzzzz info kat sini...jom usha2 apa yang ada... peace... :)

Wednesday, November 9, 2011

Haid tidak teratur punca sakit jantung

NEW YORK – Wanita yang mengalami kitaran haid tidak teratur mempunyai risiko tinggi untuk menghidap penyakit jantung, menurut satu kajian terbaru.

Kajian selama 10 tahun yang melibatkan 23,000 wanita Belanda berusia 50-an itu mendapati wanita dengan kitaran haid tidak teratur mempunyai 28 peratus lebih risiko menghidap penyakit jantung.

Kajian itu juga mendapati wanita yang mengalami kitaran haid tetap yang lebih panjang atau lebih pendek daripada kitaran normal tidak berhadapan dengan risiko berkenaan.

Bagaimanapun, majoriti wanita yang mengalami kitaran haid tidak teratur tidak mendapat penyakit jantung semasa tempoh kajian.

Seramai 150 daripada 4,000 wanita yang melaporkan kitaran haid tidak teratur disahkan menghidap penyakit jantung sepanjang tempoh kajian.

Sebab utama yang mengaitkan kitaran haid tidak teratur dengan penyakit jantung masih belum dikenal pasti.