Me_Myself

Me_Myself
Rojakzzzz info kat sini...jom usha2 apa yang ada... peace... :)

Monday, November 14, 2011

Ilmu Untuk Kaum Adam

Adab Suami ketika Isteri Sedang Mengandung

Perkara Yang Perlu Suami Ketahui Ketika Isteri Mengandung,

Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka tambahan semasa mengandungkan zuriat untuk keluarga yg dibina bersama. Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu.

Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami tercinta. Hal ini kerana pada waktu itu keadaan mereka tidak berapa stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang diluar sana masih tidak lagi memahami situasi ini.

Apakah Perkara Yang perlu Dilakukan Suami Semasa Isteri Mereka Mengandung?

(1) Luangkan Masa Bersama Isteri - Mungkin suami terlalu sibuk dgn pekerjaan yg perlu dilakukan. Tetapi suami perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu utk mengurangkan tekanan yg sedang ditanggung oleh Isteri.

(2) Menjaga Pemakanan Isteri - Seperti yg anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri yg sedang mengandung juga memerlukan makanan yang berkhasiat tinggi. Cth seperti yogurt, madu, kurma, buah-buahan atau makanan yg berkhasiat tinggi..

(3) Perlahan - Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlulah untuk memarahi atau membebel disebabkan pergerakan mereka yang lambat.

(4) Tidak Perlu Bertanya - Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain baju banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yg lain. Ini adalah ciri2 seorang suami yang amat penyayang.

(5) Belajar Memahami Perubahan - Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya..

(6) Membantu Menyiapkan Hidangan Makanan - Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata utk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri sedang mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama. (kalo xpandai masak tapau jer)

(7) Membantu Menjaga Anak2 Yang Lain - Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak2 mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak2.

(8) Membawa Isteri Ke Mana Sahaja - Sebaik2nya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.

(9) Pinjamkan Tangan Anda Pada Isteri - Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam didapur.

(11) Kasih Dan Sayang - Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih dan sayang terhadap isteri, menghargai isteri sebagai teman hidup yang paling rapat dengan anda..

(12) Jujur - Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta menghindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

(13) Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur. Jangan pentingkan diri sendiri dan membiarkan isteri anda tidur dalam perasaan sedih dan kecik hati pada anda.

(14) Jangan mudah mengeluarkan perkataan2 kasar, kesat dan perkataan yg boleh mengguriskan hati isteri anda.. Perasaan isteri yg sedang mengandung menjadi lebih sensitif dan mudah terasa kerana hormon dalam badan agak berlainan berbanding hari2 biasa.

(15) Berdoa - Suami hendaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak sihat dan selamat..

(16) Cuba sedaya upaya untuk berada disisi isteri semasa isteri sedang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat pada anda... Banyak betul pengorbanan isteri untuk

Salam Ukhuwah...